P E N G E N A L A N

Tinta Jauhari menyediakan perkhidmatan yang cepat dan tepat untuk segala keperluan linguistik anda di Malaysia. Cita-cita kami adalah untuk memberikan anda perkhidmatan berkaitan bahasa yang terbaik di rantau ini. Rakan-rakan sekutu kami terdiri daripada para profesional dan siswazah dengan pelbagai latar belakang, bakat dan minat. Mereka telah bekerjasama dengan kami dalam berbagai-bagai projek dan tugasan.

Kami memberi perkhidmatan kepada pelbagai jenis klien, seperti jabatan-jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, syarikat-syarikat multinasional, syarikat-syarikat tersenarai awam, para perunding, usahawan, profesor dan juga pelajar.

Kami mengkhusus secara eksklusif dalam Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia, ia juga dikenali sebagai Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu Malaysia.

P E R K H I D M A T A N

Penulisan Penyuntingan Penyemakan Sari Kata
Pengadaptasian Penterjemahan Perundingan Budaya Analisis Linguistik
Bantuan Penyelidikan Transkripsi Masukan Data Pengurusan Projek

Sila hubungi melalui e-mel atau faks, untuk mendapatkan sebut harga. Kami menerima pembayaran melalui Pemindahan Bertelegraf, Cek, Western Union dan tunai. Profil dan portfolio perunding utama dan rakan-rakan sekutu kami boleh didapati jika ada permintaan.

H U B U N G I

e-mel       : info@tintajauhari.net
sokongan : tintajauhari@yahoo.com

- cepat dan tepat -

Hak Cipta (c)1999-2006, Tinta Jauhari Services. Semua hak terpelihara.
Berdaftar di Malaysia : 001212717-P